Malam ini, telah berlangsung majlis paling berprestij dalam dunia hiburan Korea iaitu ‘Anugerah Baeksang 2022’.
Antara kategori yang dinantikan peminat K-Drama, sudah semestinya ‘Drama Terbaik’ yang berjaya merebut hati ramai ketika tayangannya.
Banyak drama hebat yang dipertandingkan, namun tuah nyata berpihak pada siri Netflix iaitu “D.P.” lakonan Jung Hae-in dan Koo Kyo-hwan.
Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.