Ikuti Kami:

Pengalaman Tak Dapat Dilupakan, Cuba 3 Aktiviti ‘Viral’ Ini Ketika Bercuti Di Korea

Pengalaman Tak Dapat Dilupakan, Cuba 3 Aktiviti ‘Viral’ Ini Ketika Bercuti Di Korea

Tidak tahu nak buat apa masa bercuti di Korea?

Jom baca perkongsian KimchiDaily kali ini tentang beberapa aktiviti ‘viral’ di Korea Selatan, yang boleh dicuba ketika korang bercuti di negara ini.

Servis analisis warna peribadi

Personal color analysis ataupun analisa warna peribadi ini telah menjadi satu perkara baru dalam dunia fesyen kini. Ianya menjadi trending di Korea Selatan kerana ramai selebriti telah melakukan servis ini untuk mengetahui warna peribadi yang sesuai untuk diri mereka. Kalau korang nak tahu, ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti tona warna yang sesuai untuk seseorang kekal yakin berfesyen sepanjang hari.

Korang juga boleh baca artikel KimchiDaily ini untuk mengenal pasti kedai yang menyediakan servis analisis warna peribadi.

Photo Booth

Selain daripada tangkap gambar kenang-kenangan menggunakan kamera digital atau telefon peribadi, korang juga boleh melawat ke photo booth yang ada di sekitar Korea. Apa yang istimewa tentang hal ini adalah, korang akan dapat filem gambar dengan harga yang berpatutan.

Antara tempat yang disarankan untuk korang pergi ialah di Hongdae, Seoul atau Nampo di Busan. Di tempat-tempat ini banyak disediakan photo booth istimewa bagi korang yang suka bergambar.

Kafe ‘hunting’

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai terutama remaja dan dewasa suka mencari kafe aesthetic untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan. Jika korang merancang untuk ke Korea, korang juga boleh merasai sendiri pengalaman lepak di kafe sambil dengar lagu-lagu K-Pop serta menikmati keindahan alam semula jadi ‘indoor’ di Thanks Nature Cafe, Seoul.

Selamat bercuti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...