Ikuti Kami:

Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang? Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang? Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

Personal color analysis ataupun analisa warna peribadi ini telah menjadi satu perkara baru dalam dunia fesyen kini.

Kalau korang nak tahu, ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti tona warna yang sesuai untuk seseorang kekal yakin berfesyen sepanjang hari.

Berdasarkan YouTuber terkenal dan artis K-Pop yang pernah pergi menganalisis warna peribadi di Korea, jom ketahui 7 tempat yang menyediakan servis ini.

Teori warna peribadi Korea

Dustmoth Stography

Tina Yong merupakan salah seorang YouTuber terkenal dengan 3.7 juta subscribers di laman YouTube. Tina pergi ke Dustmoth Stography untuk mendapatkan saranan daripada pakar tentang analisis warna yang sesuai. Di Dustmoth Stography ada dua jenis sesi untuk analisis warna peribadi, sesi satu jam dan sesi tiga jam. Ianya terletak di bandar Yongsan, Seoul.

A Moment

Jika korang sedang mencari penjelasan yang terperinci tentang sebab warna tertentu sesuai dengan korang, maka tempat ini sangat sesuai untuk diterokai kerana adanya pakar yang profesional. Tambahan, ia terletak di bandar Gangnam dan turut menyediakan servis solek rambut serta fotografi selain daripada servis mengenali warna peribadi diri.

Color Society 

Terletak di Hongdae, Color Society merupakan salah satu kedai yang terkenal untuk menganalisis warna peribadi. Melalui Instagram mereka, temu janji untuk bulan Ogos dan September 2023 telah ditutup kerana mendapat sambutan hangat sehingga tiada hari yang kosong bagi kedua-dua bulan ini.

Cocory Personal Color

Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan servis ini tetapi tidak boleh berbahasa Korea! Penganalisis warna sangat fasih berbahasa Inggeris, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih menarik berbanding kedai teori warna lain! Cocory Personal color terletak di tengah Mapo-gu, Seoul.

Mongkeu Color Lab

Di Mongkeu Color Lab, selain daripada mengenali warna peribadi, korang juga boleh mendapatkan servis untuk menggayakan rambut dan meminta nasihat daripada pakar solek secara profesional. Mereka akan menyarankan pelbagai kaedah untuk menyolek diri secara betul mengikut kesesuaian korang.

Melab Image

Idola K-Pop popular, Jisoo pernah mendapatkan servis analisis warna peribadi di Melab Image. Di sini, pakar boleh mengenal pasti warna rambut apa yang paling sesuai untuk korang selain daripada menganalisis warna pakaian melalui ciri-ciri tertentu.

Color Wings 

Ulasan daripada Steal The Spotlight adalah antara yang mendapat penonton paling banyak di YouTube. Wanita ini memilih untuk ke Color Wings yang terletak di Mapo dan diberi keselesaan semasa keseluruhan perkhidmatan. Bukan sahaja aksesnya mudah, malah proses temu janji juga tidak rumit untuk memastikan pengalaman yang menyeronokkan. Selain itu, tiada deposit tambahan diperlukan untuk analisis, menjadikannya pilihan yang lebih menarik bagi mereka yang berminat untuk meneroka palet warna peribadi mereka.

Korang pernah cuba?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...