Ikuti Kami:

Nak Badan Ideal Seperti Artis Korea? Ikuti Tips Mudah 6 Selebriti Popular Ini

Nak Badan Ideal Seperti Artis Korea? Ikuti Tips Mudah 6 Selebriti Popular Ini

Selebriti Korea sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa tetapi sebenarnya mereka banyak berkorban dan bekerja keras untuk mengekalkan penampilan cantik itu. Apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan, tiada jalan pintas untuknya.

Ada beberapa pelakon dan penyanyi telah berkongsi petua diet dan senaman mereka yang boleh membantu ramai orang menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Jom baca!

IU

IU diet

Diet IU adalah pelan yang mudah dan ringkas. Dia hanya makan sebiji epal untuk sarapan pagi, ubi keledek untuk makan tengah hari dan diikuti dengan protein shake untuk makan malam. Setiap hari IU hanya mengambil makanan yang hanya mempunyai 300 sehingga 500 kcal sehari dan masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

pelan diet IU

Bae Suzy

Diet Bae Suzy

Penyanyi dan pelakon ini menyarankan untuk tidak mengambil sebarang makanan berat selepas pukul 6 petang. Untuk sarapan pagi, dia hanya makan sepotong dada ayam dan sebiji ubi keledek manakala untuk makan tengah hari, dia makan nasi perang bersama salad. Suzy mendedahkan dia mula pratikkan diet menurunkan berat badan untuk berlakon dalam drama “Uncontrollably Fond”.

Jun Ji-hyun

Jun Ji-hyun diet

Korang ingat lagi tak K-Drama “My Love From Another Star” dan “Legend Of the Blue Sea”? Pelakon watak utama K-Drama itu, Jun Ji-hyun percaya bahawa disiplin adalah kunci utama dalam pengurusan menjaga berat badan. Dia kekal sihat dan cergas dengan menjalani rutin kecergasan yang ketat walaupun jadualnya padat. Untuk berbuat demikian, dia bangun setiap hari pada pukul 6 pagi untuk bersenam. Selain daripada itu, dia juga akan pastikan untuk mengambil sarapan pagi supaya pada waktu tengah hari dia tidak makan dalam kuantiti yang banyak.

Kang So-ra 

Kang So-ra diet

Sama seperti yang lain, pelakon Korea Kang So-ra mengakui bahawa dia tidak dapat mengawal diri daripada makan makanan yang digemarinya. Daripada mengelak sepenuhnya mengambil makanan seperti ayam goreng atau pizza, dia menikmati apa sahaja yang dia mahukan tetapi dengan kuantiti yang kecil sahaja. Selain itu, Kim So-ra juga melakukan balet di mana sukan ini membantu untuk menguatkan ototnya.

Kim Him-chan 

B.A.P Kim Him-chan

Jus detoks pernah tular dan popular sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan di Korea. Kim Him-chan (bekas ahli kumpulan B.A.P) berkongsi semasa dalam satu rancangan radio, bahawa dia mengamalkan minuman campuran sayur-sayuran dan buah-buahan tiga kali sehari dan berasa sangat segar serta sihat. Dia juga menyarankan orang ramai untuk mengamalkan minuman detoks untuk kekal sihat sepanjang masa.

Kim Hee-chul 

Kim Hee-chul super junior diet

Tauhu sangat tinggi dengan protein dan boleh mengenyangkan korang dengan cepat walaupun ia mengandungi sedikit kalori. Diet pemakanan Kim Hee-chul kebanyakannya terdiri daripada tauhu untuk menurunkan berat badan. Ahli Super Junior itu berjaya menurunkan berat badannya lebih 6.8 kg dalam masa dua minggu sahaja.

Korang pun boleh cuba tau!!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...