Ikuti Kami:

Pengalaman Bercuti Lebih Bermakna, Lawati 5 Lokasi Penggambaran K-Drama Popular Ini Di Korea!

Pengalaman Bercuti Lebih Bermakna, Lawati 5 Lokasi Penggambaran K-Drama Popular Ini Di Korea!

Lepas dah banyak tengok K-Drama ni, mesti makin ramai yang teringin nak pergi bercuti di Korea Selatan kan?

Untuk menjadikan percutian korang lebih bermakna, apa kata korang pergi melawat 5 lokasi penggambaran K-Drama yang popular kat bawah ni. Boleh la feeling sikit!

Kafe Mong Ted, Suwon

suwon lovely runner

Siapa yang layan drama “Lovely Runner”, korang boleh la pergi Kafe Mong Ted yang terletak di Suwon, iaitu lokasi penggambaran sebenar rumah Lim Sol. Rumah Sun-jae pula terletak tidak jauh dari situ, hanya bertentangan dengan kafe tersebut. Boleh je kalau korang nak datang kat sini untuk ambil gambar sebagai kenangan asalkan jangan sampai mengganggu penduduk setempat.

Kampung Mural Ihwa

ihwa mural village

Korang boleh cipta semula poster drama “Love Next Door” di tangga Kampung Mural Ihwa, di mana kampung ini dihiasi dengan lukisan dan seni daripada 70 artis Korea Selatan. Nak masuk pun free je jadi, tunggu apa lagi~

Lotte World

lotte world business proposal

Lotte World adalah taman hiburan terbesar di dunia dan mesti dikunjungi kalau korang peminat taman tema! Antara K-Drama popular yang pernah menjalani penggambaran di sini adalah “Business Proposal” yang dibintangi Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong. Kalau korang nak feeling-feeling pergi dating macam dalam K-Drama juga, jangan lupa tau datang sini!

Pantai Jumunjin

jumunjin beach

Selain merupakan lokasi penggambaran untuk muzik video BTS buat lagu “Spring Day”, Pantai Jumunjin juga merupakan salah satu tempat rakaman untuk drama popular “Goblin”. Dengan berlatarkan laut biru dan langit yang cerah, confirm gambar OOTD korang akan cantik sangat kat sini.

Rumah Api Pelabuhan Daepohang

daepohang port lighthouse

Pelabuhan Daepohang di Sokcho merupakan destinasi menarik yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang sukakan pemandangan pantai dan buat pencita makanan laut segar di Korea. Tempat ini juga sering dipaparkan dalam K-Drama popular seperti “Strong Girl Bong Soon” dan banyak lagi.

Selamat bercuti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Klook

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...