Ikuti Kami:

Tak Perlu ‘Skincare’ Mahal-Mahal, Wanita Korea Rupanya Ambil 5 Makanan/Minuman Ini Untuk Dapatkan Kulit ‘Flawless’

Tak Perlu ‘Skincare’ Mahal-Mahal, Wanita Korea Rupanya Ambil 5 Makanan/Minuman Ini Untuk Dapatkan Kulit ‘Flawless’

Mesti ramai yang tahu kan, kebanyakan wanita di Korea memang ada kulit muka yang ‘flawless’ dan berseri, menjadi impian ramai orang.

Selain bergantung pada produk kecantikan, apa kata kali ini korang cuba pula untuk dapatkan kulit yang mulus, dengan mengikuti cara pemakanan orang di Korea.

Jangan risau, kerana semua produk di bawah ini memang senang untuk didapati dan dijual dengan harga yang mampu milik.

Kimchi

kimchi

Korang mesti tahu kan antara ‘Banchan’ paling popular ketika menikmati hidangan Korea adalah Kimchi? Banyak khasiat Kimchi ni tau sebab ia mengandungi vitamin C yang tinggi dan aktif menghasilkan kolagen dalam badan kita. Selain itu, ia juga membantu untuk mengekalkan kemerajaan kulit, mengurangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan.

Sup Rumpai Laut

seaweed soup

Sup rumpai laut adalah antara makanan ruji Korea yang sering dinikmati ketika sarapan pagi dan juga pada hari lahir seseorang. Selain daripada rendah lemak, sup rumpai laut ini juga mempunyai banyak sulfat yang akan memberi kesan menenangkan pada kulit anda.

Teh Hijau

green tea

Seterusnya adalah teh hijau, yang sangat membantu untuk melahirkan kulit yang sihat. Hal ini kerana, ia kaya dengan antioksidan dan boleh meningkatkan penghidratan kulit, menjadikan wajah anda kelihatan lebih bermaya. Bukan sahaja mudah didapati di pasar raya di luar sana, teh hijau juga biasanya dijual pada harga yang berpatutan untuk orang ramai.

Teh Ginseng

ginseng tea

Kalau korang tak suka teh hijau, boleh la cuba untuk minum teh ginseng kerana ia juga terdapat banyak manfaat untuk kulit anda. Dengan ramuannya yang kaya dengan nutrien, teh ginseng ini membantu untuk mengekalkan, melindungi dan memulihkan kulit yang kering serta dehidrasi.

Teh Barli

barley tea

Akhir sekali adalah teh barli, yang diminum dalam jumlah yang banyak oleh wanita Korea. Untuk pengetahuan, minuman ini mengandungi banyak antioksidan, yang membantu memerangi radikal bebas dan melindungi kulit anda daripada tekanan oksidatif. Bermakna, ia akan membantu mengurangkan kedutan, garis halus dan bintik penuaan di wajah anda.

Haa apa lagi korang, kena cuba sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Verve Magazine

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...