Ikuti Kami:

Penampilan Pertama Sebagai Kekasih Lee Dohyun, Netizen Fokus Hal ‘Ini’ Pula Pada Lim Jiyeon

Penampilan Pertama Sebagai Kekasih Lee Dohyun, Netizen Fokus Hal ‘Ini’ Pula Pada Lim Jiyeon

Selepas kongsi sedang bercinta dengan Lee Do-hyun, pelakon Lim Ji-yeon telah tampil membuat penampilan umum pertama.

Terbaru pada 21 April, Lim Ji-yeon telah menghadiri acara pembukaan kedai jenama ‘Colombo’, yang diadakan di Dewan Mewah Galleria, Gangnam-gu, Seoul.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama pelakon “The Glory” itu muncul di khayalak ramai, selepas umum bahawa dia sedang bercinta dengan Lee Do-hyun.

Tampil dengan senyuman manis dan penampilan yang ceria, netizen nampaknya lebih fokus kepada beg tangan merah yang dibawa pelakon wanita itu.

lim jiyeon

Khususnya, beg tangan yang diperbuat daripada kulit buaya tersebut dilapor bernilai sejumlah 39 juta won (RM 130,100), mengejutkan orang ramai dengan harganya yang begitu lumayan.

Dalam pada itu, Lim Ji-yeon akan menemui penonton dalam drama “House with a Yard”, bergandingan bersama Kim Tae-hee dan ramai lagi.

Manis kan senyuman Lim Ji-yeon?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...