Ikuti Kami:

Penampilan Kacak T.O.P BIGBANG Di Tayangan Perdana Filem ‘Emergency Declaration’ Jadi Perhatian

Penampilan Kacak T.O.P BIGBANG Di Tayangan Perdana Filem ‘Emergency Declaration’ Jadi Perhatian

Pada 25 Julai, tayangan perdana VIP bagi filem “Emergency Declaration” telah diadakan di Seoul.

Selain pelakon utama Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Jeon Do-yeon, Kim Nam-gil dan Im Si-wan yang menghadiri sesi tayangan perdana filem itu, ramai bintang hebat lain turut tampil bagi memberi sokongan buat karya tersebut.

Khususnya, penampilan T.O.P BIGBANG di situ telah berjaya meraih perhatian, memandangkan ini adalah acara rasmi pertama yang dihadirinya setelah sekian lama.

t.o.p bigbang

Di tayangan perdana itu, T.O.P dilihat memakai cermin mata hitam dengan sut separuh kasual. ‘Visual’nya yang luar biasa dengan rambut baharunya yang dilunturkan, telah menjadi bualan netizen. Antara komen yang ditulis peminat:

Akhirnya!😭 awak kelihatan sangat kacak!

 

Betul ke ni? Saya sangat terkejut!

 

Kacaknya! Saya seronok lihat dia kembali.

Dalam pada itu, “Emergency Declaration” ialah filem yang menceritakan tentang sebuah pesawat yang terpaksa mengisytiharkan kecemasan, apabila keganasan yang tidak pernah terjadi sebelum ini berlaku dalam penerbangan. Ianya bakal ditayangkan pada 3 Ogos nanti.

Kacak sangat T.O.P!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...