Ikuti Kami:

Peminat Wajib Tonton! Ini 5 Rancangan Realiti Khas Cerita Kehidupan Kumpulan K-Pop Di Luar Waktu Bekerja

Peminat Wajib Tonton! Ini 5 Rancangan Realiti Khas Cerita Kehidupan Kumpulan K-Pop Di Luar Waktu Bekerja

Kreatif betul pengarah rancangan hiburan Korea ni.

kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa rancangan realiti yang membawa kisah perjalanan idola K-Pop di mana, korang boleh tengok macam mana mereka semua menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.

BLACKPINK House 

Di “BLACKPINK House”, ahli-ahli mempamerkan kemahiran yang mereka ada, daripada membeli-belah barangan rumah hingga ke baking. Ia juga menunjukan kepada peminat tentang pengembaraan mereka semasa ahli bermain zip-lining dan papan salji dan mereka dilihat sangat menikmati perkara itu.

Tambahan, sebuah rumah percutian dengan warna merah jambu telah dibina di tengah-tengah Hongdae, Seoul, untuk didiami oleh 4 ahli BLACKPINK sepanjang percutian mereka selama 3 bulan.

iKON TV 

“iKON TV” ialah rancangan realiti pertama bagi kumpulan lelaki itu yang difilemkan dan diterbitkan oleh mereka sendiri. Selain itu, ia mendedahkan semua perkara penting dalam kehidupan seharian iKON daripada menerima ubat bius semasa pemeriksaan badan  kepada bertani di sebuah pulau luar bandar.

Memandangkan tema setiap episod telah dirancang dan dipilih sendiri oleh ahli iKON, aktiviti yang mereka selesaikan adalah berbeza dan mencabar seperti membuat crossdressing kepada penggambaran MV. Rancangan itu juga mempamerkan hubungan rapat dan kerjasama baik antara kesemua ahli seperti ketika memasuki pertunjukan survival dan akhirnya debut bersama.

ENHYPEN: EN-O’CLOCK 

“EN-O’CLOCK” ialah rancangan realiti pertama ENHYPEN yang memfokuskan pada perkara yang dilakukan oleh ahli-ahli semasa mereka di luar pentas persembahan. Dalam setiap episod, ahli bermain permainan seperti menyelesaikan kuiz trivia, membuat kerja-kerja berpasukan dan menunjukan sisi daya saing mesra antara mereka.

Travel The World On EXO’s Ladder

“Travel The World On EXO’s Ladder” ialah rancangan realiti di mana ahli EXO mengembara ke negara yang berbeza untuk bercuti. Tetapi ia bukanlah satu percutian yang biasa, mereka perlu bermain permainan ‘memanjat tangga’ untuk membuat keputusan seperti, semasa makan dan memilih rakan sebilik.

RED VELVET Level Up Project 

Ini adalah rancangan realiti RED VELVET di mana mereka dibawa mengembara ke negara yang berbeza untuk bercuti sementara mempromosikan kemunculan semula mereka.

Siri ini menyerlahkan sifat ahli di luar pentas, serta perkara yang mereka suka lakukan apabila berada di luar waktu bekerja. Mereka menunjukkan kehidupan harian kumpulan RED VELVET yang sangat rapat antara 5 ahli itu. Rancangan realiti ini membolehkan kumpulan gadis yang sibuk itu bertenang dan meneroka hobi mereka, sama ada melakukan sesuatu yang mudah seperti membeli-belah dan makan, atau mencabar diri seperti paragliding.

Masa ini la boleh tengok sisi lain idola kegemaran korang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...