Terdapat banyak rancangan realiti hiburan di Korea Selatan.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 rancangan TV tema makanan, bagi korang yang suka tengok video mukbang.
Three Meals A Day
“Three Meals A Day” adalah pertunjukan memasak di mana ahli mesti menyediakan tiga makanan setiap hari menggunakan apa pun bahan yang dapat mereka cari. Sambil itu, mereka perlu menghabiskan masa tiga hari seminggu di komuniti nelayan atau di kawasan luar bandar.
Mereka berhubung dengan orang tempatan, merasai sendiri kehidupan di desa, dan perlu menyambut beberapa tetamu selebriti terkenal untuk makan malam. Rancangan realiti ini berjaya menarik peminat dan sudah ada beberapa musim.
Food Diary
Rancangan realiti ini menceritakan pengalaman ahli “Food Diary” menjadi sekumpulan ‘petani kota’, tinggal di sebuah ladang yang telah didirikan khusus untuk mereka. Mereka diberi tugas untuk membuat makanan dari awal, bermula dengan memelihara haiwan dan menanam benih, hingga akhirnya mereka dapat membuat hidangan utama iaitu, dakbokkeumtang atau ayam rebus pedas.
Bistro Shigor
Rancangan ini menggunakan selebriti terkenal untuk bekerja, menguruskan restoran pop-up sementara di komuniti luar bandar yang jauh. Restoran itu menggunakan produk dari serantau untuk menawarkan masakan Perancis yang luar biasa.
Melalui rancangan “Bistro Shigor” ini, korang dapat melihat dengan senang hati apa yang dilakukan oleh selebriti terkenal ketika mereka menguruskan restoran. Antara aktiviti yang perlu dilakukan ialah menyediakan makanan, perkhidmatan pelanggan, dan pengurusan umum.
Coffee Friends
Rancangan hiburan “Coffee Friends” ini mengikuti kisah Yoo Yeon-seok dan Son Ho-jun ketika mereka menjalankan kafe di ladang jeruk di Pulau Jeju. Dengan keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan, mereka akan sumbangkannya kepada badan amal. Pelbagai perkara menarik berlaku antara Yoo Yeon-seok dan Son Ho-jun ketika mereka menjalankan kafe di Pulau Jeju itu.
Tambahan, tidak ada harga tetap untuk menu di kafe ini, dan pelanggan diminta untuk membuat sumbangan sebagai ganti membayar makanan dan minuman mereka. Kreatif kan?
Ramyeonator
Bagi peminat ramen atau mi segera, korang sangat disyorkan untuk tonton rancangan realiti ini. “Ramyeonator” menampilkan apa sahaja mengenai ramen, dari bahan-bahan yang sesuai hingga cara terbaik untuk menikmati ramen. Selain itu, korang juga boleh belajar resepi dan petua tentang cara penyediaan ramen melalui rancangan ini.
The Backpacker Chef
“The Backpacker Chef” merupakan rancangan memasak di mana, ahli perlu pergi menyelesaikan misi, ke mana sahaja pelanggan mereka memanggil dan memasak dalam masa yang singkat. ASelain itu, arahan tugasan serta misi yang perlu mereka selesaikan akan diberikan apabila tiba di lokasi. Tambahan, mereka akan pergi ke suatu tempat dengan hanya membawa beg galas yang mengandungi pelbagai alat memasak.
Menarik kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.