Ikuti Kami:

“Peminat Tunggu Saya”- Hwang Minhyun Dedah Perasaan Selepas Lancar Album Solo

“Peminat Tunggu Saya”- Hwang Minhyun Dedah Perasaan Selepas Lancar Album Solo

Akhirnya, album solo Hwang Min-hyun sudah dilancarkan.

Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan Nu’est iaitu Hwang Min-hyun telah melancarkan album solonya berjudul “Truth or Lie”.

Dalam sidang media yang dilakukan, penyanyi itu berkata,

Saya rasa album sulung ini adalah permulaan baharu bagi saya. Saya berasa gementar dan bimbang. Kerana ini merupakan album solo pertama saya, jadi saya ingin menceritakan tentang kisah saya. Seperti hala tuju album ini, saya mempunyai pelbagai sisi, tetapi orang seperti tidak tahu, jadi saya ingin memberitahu mereka.

Min-hyun juga memberitahu bahawa,

Semasa membuat persiapan untuk album ini, saya juga berfikir tentang saya orang yang macam mana, dan nampaknya imej saya seorang yang baik dan lembut. Jadi kali ini, saya mahu menunjukkan personaliti yang berlainan.

hwang minhyun

Kemudian, penyanyi itu berkata dia ada mempelajari sesuatu ketika membuat persediaan album solonya.

Ada sesuatu yang saya pelajari semasa membuat persediaan. Sejak setahun lebih saya menjalani penggambaran drama ‘Alchemy of Souls’, sampai ke kedai biasa pun saya hanya memakai solekan asas. Untuk aktiviti ini, saya membuat banyak persediaan yang tidak konvensional dan berani. Ia tidak biasa pada mulanya, tetapi ia lebih sesuai dengan saya daripada yang saya fikirkan, jadi saya fikir, tidak mengapa untuk tetap melakukan penggayaan idola seperti ini, saya tidak mati.

Katanya lagi, dia masih ada kekurangan dan perlu dibaiki dalam dunia bintang idola.

Sudah 12 tahun saya melakukan debut. Tapi, saya masih lagi ada kekurangan dan perlu memperbaiki kerjaya dalam dunia bintang idola. Masih ada lagi beberapa perkara yang masih saya mahu lakukan bersama peminat saya dan saya akan cuba untuk mencapai kejayaan secara perlahan-perlahan.

Tambahnya lagi,

Saya rasa peminat telah menunggu album solo ini lebih daripada saya, jadi saya sangat bersyukur. Saya mahu menunjukkan usaha saya akhirnya menjadi kenyataan.

Semoga terus berjaya Hwang Min-hyun!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...