Ikuti Kami:

Selepas 11 Tahun Debut, Hwang Minhyun Bakal Lancar Album Solo Pertama Februari Nanti

Selepas 11 Tahun Debut, Hwang Minhyun Bakal Lancar Album Solo Pertama Februari Nanti

Akhirnya, pelakon dari drama “Alchemy of Souls” iaitu Hwang Min-hyun akan mengeluarkan album solonya yang pertama.

Penantian Hwang Min-hyun akan berakhir tak lama lagi kerana dia bakal melancarkan album solo pertamanya selepas 11 tahun debut.

Baru-baru ini, agensi Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Hwang Min-hyun sedang melakukan persiapan untuk mengeluarkan album solonya pada Februari nanti.

hwang minhyun

Walaupun pernah mengeluarkan lagu solonya sebelum ini namun, ini adalah kali pertama Hwang Min-hyun menghasilkan sebuah album sejak debut bersama kumpulan NU’EST pada 2012.

Untuk pengetahuan, Hwang Min-hyun berjaya membuktikan bakat nyanyiannya dengan menyanyikan lagu OST untuk beberapa drama. Antaranya adalah, “After School Lessons for Unripe Apples”, “The Red Sleeve” dan “Alchemy of Souls”.  

Tahniah dan semoga persiapan Hwang Min-hyun akan berjalan dengan lancar.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...