Utama K-Pop Peminat Teruja Lihat Jisoo Jemput Pelakon Kegemaran, Lee Jehoon Ke Konsert BLACKPINK

Peminat Teruja Lihat Jisoo Jemput Pelakon Kegemaran, Lee Jehoon Ke Konsert BLACKPINK

jisoo lee jehoon

Selain rakan idola, Ji-soo BLACKPINK juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan pelakon.

Terbaru, BLACKPINK telah mengadakan konsert finale “Born Pink” di Seoul dan dihadiri oleh ramai perminat serta rakan artis yang memberi sokongan.

Khususnya, pelakon Lee Je-hoon turut dilihat hadir ke konsert tersebut dan telah memuat naik fotonya bersama Ji-soo di laman Instagram. Tulis pelakon itu,

Saya menontonnya dengan sangat baik. Terima kasih Jisoo-nim.

Apa yang lebih menarik perhatian, sebelum ini pada 2017, Ji-soo sendiri pernah berkongsi dalam sebuah program bahawa Lee Je-hoon merupakan pelakon lelaki kegemarannya.

Sementara itu, selebriti lain yang juga hadir memberi sokongan buat Ji-soo adalah rakan pelakon dari “Snowdrop”, Bona WJSN, Seul-gi RED VELVET, Kim Min-ju dan ramai lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald POP
Loading...