Kenapa Netizen Minta Jisoo BP Bercinta Dengan Lee Jehoon Berbanding Ahn Bohyun?
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Sehingga kini, masih ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati mengenai Ji-soo BLACKPINK bercinta dengan Ahn Bo-hyun..
Terbaru, satu hantaran telah dimuat naik menerusi laman komuniti dalam talian, yang menyatakan bahawa Ji-soo sepatutnya memilih untuk bercinta dengan Lee Je-hoon berbanding Ahn Bo-hyun.
Sebelum ini, ahli BLACKPINK itu pernah berkongsi bahawa ciri lelaki idamannya adalah Lee Je-hoon. Oleh itu, ada yang mempersoalkan mengapa Ji-soo tidak memilih untuk bersama dengan lelaki tersebut, yang didakwa lebih setaraf dengannya.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut membandingkan Ahn Bo-hyun dengan ‘teman lelaki’ khabar angin Lisa dan Jennie iaitu Frédéric Arnault dan V BTS, yang dikatakan lebih berkaliber dan mempunyai standard yang tinggi.
Komen netizen,
Lisa bukan hanya bercinta dengan chaebol tetapi salah seorang lelaki terkaya di dunia. Ji-soo, sila bangun!
Ji-soo, tolong jumpa lelaki baik dengan standard tinggi seperti Jennie dan Lisa..
Tolonglah bercinta dengan orang yang setaraf dengan awak.
Hmm..apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




