Pernah bekerjasama suatu ketika dahulu, persahabatan antara IU dan Lee Jong-suk nampaknya masih rapat sehingga kini.
Pada 2 Oktober semalam, adik kepada pelakon Lee Jong-suk iaitu Lee Jong-hyuk telah melangsungkan perkahwinannya di sebuah dewan di Seoul.
Khususnya, penampilan IU sebagai tetamu di situ telah menarik perhatian. Selebriti itu bukan sahaja tampil sebagai tetamu malahan, dia turut menyanyikan lagu sebagai ucapan tahniah kepada Lee Jong-hyuk dan pasangan.
https://twitter.com/ayiiyuuu/status/1576474547620311040
Menerusi video yang dikongsi, IU menyanyikan lagu “Your Meaning”, yang telah mengejutkan semua tetamu lain yang hadir. Memang merdu sangat suara IU!
Bagi yang belum tahu, Lee Jong-suk dan IU mula mengenali antara satu sama lain pada 2011, apabila mereka berdua bekerjasama sebagai MC di program muzik SBS “Inkigayo”.
https://twitter.com/leejongsukfiles/status/1576576714280300544
Antara komen peminat selepas melihat interaksi IU dan Lee Jong-suk selepas sekian lama:
Mereka patut membintangi drama! Saya yakin bahawa ‘chemistry’ mereka akan sangat bagus!!
Jong-suk sememangnya peminat muzik IU dan sememangnya mereka adalah kawan baik.
Wah, mereka masih kawan sampai sekarang.
Best juga kalau dapat tengok dorang berlakon sekali, kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.