Baik dan rajin ya Han So-hee ini!
Terbaru, kecoh di laman media sosial apabila beberapa keping gambar Han So-hee tersebar. Gambar yang menunjukkan dia sedang berkerja sebagai juruwang, jelas mencuri perhatian peminat.
Rupa-rupanya, Han So-hee bekerja sebagai juruwang separuh masa (part-time) di sebuah restoran makanan Jepun, milik rakannya iaitu Kirin Ichiban Restaurant. Rata-rata dalam kalangan peminat cemburu dengan pelanggan di restoran itu pada malam itu kerana mereka dapat dilayan dan bertemu dengan Han So-hee secara lebih santai dan dekat. Beberapa peminat bertuah juga sempat mengambil selfie bersama Han So-hee.
Wah, pergi makan sekali dapat hadiah jumpa Han So-hee!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.