Peminat Teruja, Cha Eunwoo Dilihat Sedang Jalani Penggambaran ‘A Good Day To Be A Dog’
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk drama baru lakonan Cha Eun-woo!
BACA: “Saya Hargai Orang Puji..” – Cha Eunwoo Akui Wajah Tampan Adalah Salah Satu Kekuatannya
Untuk pengetahuan, Cha Eun-woo akan menemui penonton dalam drama baru akan datang berjudul “A Good Day to be a Dog”, bergandingan dengan Park Gyu-young.
Terbaru, kedua pelakon itu dilihat sedang menjalani penggambaran untuk naskhah berkenaan, menambah keterujaan penonton untuk menantikan keluaran drama ini.
Bagi yang belum tahu, “A Good Day to be a Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.
my babies ♡#차은우 #ChaEunwoo#박규영 #ParkGyuYoung#AGoodDayToBeADog #kdrama pic.twitter.com/N2zgvUgKQy
— mati (@dongminbunny) March 2, 2023
Dalam drama ini, Cha Eun-woo membawa watak sebagai Jin Seo-won, seorang yang takut anjing kerana kejadian masa lalu yang dia sendiri tidak ingat. Manakala Park Gyu-young akan berperan sebagai Han Hae-na, seorang guru yang cantik dan bijak. Bagaimanapun, selepas mencium rakan gurunya Jin Seo-won, dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya.
Nantikan keluaran drama ini yang telah dijadualkan untuk tayang pada 2023!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




