Ikuti Kami:

“Saya Hargai Orang Puji..” – Cha Eunwoo Akui Wajah Tampan Adalah Salah Satu Kekuatannya

“Saya Hargai Orang Puji..” – Cha Eunwoo Akui Wajah Tampan Adalah Salah Satu Kekuatannya

Ada tak yang tengah seronok layan musim kedua drama “Island” sekarang?

Baru-baru ini, Cha Eun-woo salah seorang teraju utama “Island” telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berkongsi sedikit banyak tentang persiapannya untuk drama berkenaan dan pelbagai lagi.

Pada awal temu bual, pelakon dan penyanyi itu mengulas mengenai lakonannya dalam siri tersebut dengan berkata,

Ada bahagian yang bagus, ada bahagian yang mengecewakan. Saya rasa saya mempunyai banyak perasaan bercampur-campur. Berlakon sebagai John merupakan satu cabaran yang menarik buat saya.

cha eunwoo island

Bagi siapa yang menonton drama ini pastinya akan tahu bahawa Cha Eun-woo ada banyak babak aksi yang harus dilakukannya. Mengenai persiapannya untuk adegan berkenaan, ahli ASTRO itu berkongsi,

Sebelum penggambaran, saya pergi ke sekolah aksi selama tiga bulan. Pada hari-hari yang saya tidak mempunyai aktiviti, saya akan pergi setiap hari untuk berlatih. Pengarah seni mempertahankan diri memberi saya pisau getah yang sama saiz dengan pedang John, jadi saya terus berlatih setiap kali saya mempunyai masa di rumah atau di ruang menunggu.

Selain itu, Cha Eun-woo juga turut ditanya perasaannya apabila orang kadangkala lebih memfokuskan kepada wajahnya yang tampan berbanding kemahiran lakonannya. Dia menjawab,

Saya rasa penampilan saya adalah salah satu kekuatan saya juga. Saya berikan 50 mata buat penampilan saya kerana terdapat ramai orang hebat di luar sana dan kerana setiap orang mempunyai daya tarikan mereka sendiri. Saya menghargai pujian orang pada penampilan saya, tetapi sejujurnya, ia tidak benar-benar buat saya sedar lagi.

cha eunwoo

Jelasnya lagi,

Sebahagian daripadanya adalah kerana ibu saya membesarkan saya dengan tegas. Saya cuba fokus lebih kepada dalaman saya daripada penampilan saya. Saya rasa orang yang melakukan itu lebih hebat.

Mantap la Cha Eun-woo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...