Dalam beberapa hari saja lagi, kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment akan tamat.
Untuk pengetahuan, pada 8 Ogos ini, BLACKPINK sudah pun memasuki tahun ke-7 mereka sejak debut sebagai satu kumpulan, juga menandakan pengakhiran mereka bersama YG Entertainment.
Bagaimanapun, keputusan sama ada keempat-empat ahli itu akan memperbaharui atau mengakhiri kontrak mereka bersama agensi tersebut masih belum diumumkan lagi.
Terbaru, BLACKPINK telah memuat naik video baru untuk siri konsert jelajah mereka di YouTube “Born Pink Memories”, dengan turut mengumumkan bahawa episod seterusnya akan disambung semula pada bulan September nanti.
Oleh itu, peminat percaya bahawa ini merupakan petunjuk pembaharuan kontrak ahli bersama syarikat tersebut, memandangkan kontrak asal mereka akan tamat pada Ogos ini.
Sama-sama kita tunggu keputusannya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.