Adakah BLACKPINK akan meneruskan kerjaya mereka bersama YG?
Untuk pengetahuan, kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment akan tamat pada 8 Ogos ini, selepas 7 tahun bekerjasama.
Terbaru, media melaporkan bahawa YG Entertainment sangat mengambil berat tentang kontrak mereka bersama BLACKPINK.
Hal ini kerana, tiada artis selain 4 ahli itu yang dapat menghasilkan keuntungan yang jelas buat syarikat.
Menurut analisis Hyundai Motor Securities, sumbangan BLACKPINK pada keutungan operasi YG Entertainment pada 2023 dijangka melebihi 85%, dengan 75% dari jualan tiket konsert dan 63% dari jualan album tahun ini.
Selain itu, Kim Hyeon-yong, seorang penyelidik dari Hyundai Motor Securities turut berkata,
BLACKPINK sedang bergelut sendirian dan YG Entertainment adalah satu-satunya antara empat syarikat hiburan yang dijangka melihat pertumbuhan negatif dalam keutungan operasi pada separuh kedua.
Sementara itu, YG Entertainment sedang dalam proses perbincangan untuk memperbaharui kontrak dengan BLACKPINK.
Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.