Ikuti Kami:

Peminat Terkejut Lihak Babak Seksual ‘Berkumpulan’ Nickhun 2PM Dalam Filem Baru

Peminat Terkejut Lihak Babak Seksual ‘Berkumpulan’ Nickhun 2PM Dalam Filem Baru

Siapa yang meminati K-Pop sejak generasi pertama dan kedua semestinya perasan bahawa sudah semakin bebas jika dibandingkan dengan dahulu.

Antara idola yang paling terkenal dahulu ialah Nichkhun 2PM yang terkenal kerana wajah yang comel selain loghat bahasa Korea yang comel memandangkan lelaki itu berasal dari Thailand.

Walaupun dikenali sebagai ‘baby face’ meskipun sudah mencapai usia 35 tahun namun peminat nyata terkejut apabila dia tampil berani sebagai seorang lelaki buaya dalam filem ‘The Modelizer’.

Bahkan babak melibatkannya tular di serata media sosial apabila wataknya, Bucky yang merupakan kawan baik kepada teraju utama Shawn dilihat selesa melakukan hubungan seksual di merata tempat termasuklah di hadapan rakannya itu.

nichkhun

Rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut apabila lelaki itu sepertinya ‘memeluk’ sisi ‘seksi’ dengan tampil dengan watak sedemikian. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh idola Korea!

Dalam pada itu, ada yang memuji bahawa lakonan Nichkhun kian membaik namun ada juga yang berharap agar ahli 2PM tersebut akan membawa watak yang lebih baik selepas ini.

Untuk pengetahuan, “The Modelizer” membawa kisah seorang lelaki kaya dan rakannya yang sudah biasa hidup mewah dan berparti liar pada saban hari mula merubah gaya hidupnya bagi memenangi hati seorang wanita biasa.

Terkejut tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...