Ikuti Kami:

Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’, Tapi Kenapa?

Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’, Tapi Kenapa?

Pemilihan pelakon “Omniscient Reader’s Viewpoint” telah menjadi bualan netizen.

Pada Januari 2024, barisan penuh pelakon filem adaptasi Webtoon,  “Omniscient Reader’s Viewpoint” telah didedahkan, di mana ianya diterajui oleh Lee Min-ho, Ahn Hyo-seop, Ji-soo BLACKPINK, Nana, Chae Soo-bin dan ramai lagi.

Namun begitu, pembaca-pembaca Webtoon tersebut telah mengkritik barisan pelakon yang telah dipilih untuk membintangi filem itu. Khususnya pada Lee Min-ho dan Ahn Hyo-seop.

Terlebih dahulu, “Omniscient Reader’s Viewpoint” mengisahkan tentang seorang pembaca yang diserap masuk ke dunia cerita yang sedang dibacanya.

Tetapi, peminat Webtoon tersebut merasakan bahawa pelakon yang telah dipilih adalah tidak sesuai dan tidak akan dapat membawakan watak yang diberikan dengan jayanya.

Mereka juga menyatakan bahawa adalah sebaiknya jika Webtoon tersebut tidak dijadikan filem atau drama, memandang topik utama “Omniscient Reader’s Viewpoint” ialah pembaca.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...