Lee Minho, Ahn Hyoseop, Jisoo BP & Ramai Lagi Sah Bintangi Filem ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk filem baru yang bakal dibintangi oleh ramai pelakon hebat!
Terbaru, pasukan produksi telah mengumumkan Lee Min-ho, Ahn Hyo-seop, Chae Soo-bin, Shin Seung-ho, Ji-soo BLACKPINK, Nana dan Park Ho-san akan menjadi bintang utama dalam filem “Omniscient Reader’s Viewpoint”.
Untuk pengetahuan, “Omniscient Reader’s Viewpoint” adalah filem berdasarkan novel web, yang akan mengikuti kisah Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) yang dunianya tiba-tiba berubah menjadi novel web yang dibaca.

Selain itu, foto para pelakon ketika sesi pembacaan skrip juga telah dikeluarkan, membuatkan penonton semakin teruja untuk menantikan tayangan filem yang disertai barisan pelakon hebat ini.
Tambahan pula, semua pelakon juga dikatakan mesra menegur satu sama lain dan terus 200% tenggelam dalam watak masing-masing selepas sesi pembacaan naskhah bermula.
Nantikan maklumat lanjut mengenai “Omniscient Reader’s Viewpoint”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




