Ikuti Kami:

“Awak Taknak Kahwin Ke?” – Luah Perasaan, Ini Punca Ahn Bohyun Putus Dengan Jisoo BP?

“Awak Taknak Kahwin Ke?” – Luah Perasaan, Ini Punca Ahn Bohyun Putus Dengan Jisoo BP?

Mesti ramai kan yang masih tertanya-tanya sebab Ahn Bo-hyun dan Jisoo BLACKPINK berpisah selepas hanya 2 bulan bercinta.

Baru-baru ini, Ahn Bo-hyun telah muncul dalam video temu bual di saluran YouTube ‘Geean84’ bersama Lee Si-eon sebagai tetamu dan Kim Eun-se sebagai pengacara.

Ketika sedang berborak sambil minum, pengacara bertanya kepada Ahn Bo-hyun,

Adakah awak bermimpi untuk terus menjadi pelakon pada masa hadapan atau adakah awak bermimpi untuk berkahwin dan membina keluarga? Apakah perkara paling penting untuk awak?

Jawab pelakon lelaki itu,

Sudah tentu, keutamaan pertama saya adalah keluarga dan yang kedua adalah kerja lakonan. Berlakon sangat menyeronokkan. Ketika saya masih muda, saya sering berkata ‘Saya harus berkahwin pada usia 29’ tetapi impian itu sudah tiada dan ada masanya saya bermimpi untuk menjadi ‘seorang ayah bahagia yang tidak dikejar wang’ tetapi kini, impian itu hilang juga.

ahn bohyun

Ketika ditanya sama ada dia ingin berkahwin atau tidak, pelakon “Yumi’s Cells” itu mengaku,

Saya tidak mahu. Namun, apabila melihat orang seperti Si-eon hyung yang berkahwin dengan bahagia, saya rasa saya mahu berkahwin juga.

Dengan ini, ada yang menebak bahawa ini adalah salah satu sebab Ahn Bo-hyun berpisah dengan Ji-soo, kerana keutamannya sekarang adalah kerjaya lakonannya.

Semoga ada jodoh yang baik buat Ahn Bo-hyun nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...