Ikuti Kami:

Peminat Sering Buat ‘Prank Call’ Di Pangkalan Tentera MJ ASTRO, Agensi Beri Amaran

Peminat Sering Buat ‘Prank Call’ Di Pangkalan Tentera MJ ASTRO, Agensi Beri Amaran

Sebagai seorang idola yang digemari ramai, kadangkala pasti ada peminat yang melampaui batas.

Terbaru pada 31 Mei, agensi bagi ASTRO iaitu Fantagio telah mengeluarkan kenyataan mengenai MJ.

Untuk pengetahuan, sepanjang latihan khidmat ketenteraan MJ, artis itu telah menerima banyak ‘prank call’ daripada peminat yang membuat panggilan ke pangkalan tenteranya. Berikutan itu, Fantagio telah mengeluarkan kenyataan amaran, meminta peminat berhenti membuat panggilan gurauan.

Berikut adalah kenyataan penuh agensi:

Hello, ini Fantagio.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong MJ ASTRO, yang memulakan perkhidmatan tenteranya pada 9 Mei.

Baru-baru ini, semakin ramai orang cuba membuat panggilan gurauan ke pangkalan tentera MJ. Panggilan gurauan yang tidak perlu sangat mengganggu latihan MJ.

Selain itu, panggilan gurauan yang dibuat beberapa kali dikenakan hukuman, dan panggilan gurauan ke pangkalan tentera dikenakan hukuman yang lebih berat.

Untuk perkhidmatan tentera MJ yang aman, sila elakkan daripada membuat panggilan gurauan yang tidak perlu, dan sila ambil perhatian bahawa tindakan undang-undang boleh diambil jika panggilan gurauan diteruskan selepas pengumuman ini.

Kami akan terus melakukan yang terbaik dalam pelbagai cara untuk memastikan perkhidmatan tentera MJ berjalan lancar.

astro mj

Janganlah kacau MJ…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...