Ikuti Kami:

MJ ASTRO Sah Sertai Latihan Ketenteraan Mei Ini

MJ ASTRO Sah Sertai Latihan Ketenteraan Mei Ini

Umum pasti sangat kenal dengan penyanyi dan juga model dari Korea Selatan, MJ atau Kim Myung-jun yang bernaung di bawah Fantagio Entertainment, MJ kini khabarnya bakal berkhidmat di dalam ketenteraan tidak lama lagi.

Pada 9 April, agensi ASTRO, Fantagio Entertainment telah mengesahkan bahawa MJ akan menjalani latihan asas ketenteraan di pusat latihan tentera pada 9 Mei akan datang sekaligus melaksanakan tugas ketenteraannya dalam kumpulan tentera namun waktu dan tempat kemasukkannya akan dirahsiakan demi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Setelah MJ mengambil masa untuk berehat seketika pada Januari lalu, setelah dia menjalani pemeriksaan kesihatan kerana berasa tidak sihat sewaktu menjalankan promosi untuk lagu terbaru waktu itu. Bermula dari itu, segala aktivitinya dihentikan buat sementara waktu demi sesi pemulihan yang berkesan untuk MJ.

MJ

Berikutan kemasukkan MJ ke latihan ketenteraan, pihak agensinya, Fantagio Entertainment telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello.
Ini adalah Fantagio.

Kami terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada AROHA atas kasih sayang yang ditunjukkan dan kerana mereka bermurah hati terhadap ASTRO, serta kami ingin memaklumkan kepada anda tentang kemasukan MJ ASTRO ke dalam tentera.

MJ akan mula menjalani latihan asas ketenteraan di pusat latihan itu pada 9 Mei ini dan menunaikan tugas ketenteraannya dalam kumpulan tentera.

Untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 pada hari kemasukannya, tempat dan masa pendaftaran MJ adalah dirahsiakan, dan dia akan dimasukkan tanpa prosedur yang berasingan, jadi kami meminta pemahaman anda.

Selepas menunaikan tugas ketenteraannya dengan baik, sila teruskan menunjukkan sokongan baik anda kepada MJ ASTRO apabila dia kembali sihat selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya.

Terima kasih.

Diharapkan supaya MJ dapat menjalani latihan ketenteraan tersebut dengan baik dan kesihatannya sepanjang latihan akan semakin pulih.

Korang tunggu kepulangan semula MJ okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...