Pada 29 September, Universiti Chung-Ang di Seoul telah mengadakan festival muzik tahunan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.
Khususnya, CL 2NE1 adalah salah seorang artis yang paling dinanti-nantikan untuk membuat persembahan di situ.
Bagaimanapun, satu kejadian mengejut telah berlaku ketika artis itu sedang mempersembahkan lagu “Doctor Pepper”. Seorang peminat lelaki dilihat tiba-tiba naik ke atas pentas dan berlari ke arah CL. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dilihat memeluk penyanyi itu.
https://twitter.com/C4Z93/status/1575466343415291904?s=20&t=d5Agz0uKd7azj5QPEWqnsA
Menerusi video yang dikongsi peminat, CL jelas kelihatan terkejut apabila melihat peminat lelaki itu. Bagaimanapun, dia kekal tenang dan memeluk kembali peminatnya tersebut.
Sikap profesional CL ini telah dipuji ramai kerana dia masih kekal meneruskan persembahannya seperti biasa. Namun, pasukan keselamatan untuk festival berkenaan terus dikritik peminat dek gagal menghalang individu tersebut daripada naik ke atas pentas, yang mana situasi tak diinginkan boleh berlaku.
Haihh..nasib tiada apa-apa.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.