Ikuti Kami:

Peminat Risau, V BTS Dedah Dapat 3 Kali Suntikan IV Lepas Tamat Penggambaran ‘Jinny’s Kitchen’

Peminat Risau, V BTS Dedah Dapat 3 Kali Suntikan IV Lepas Tamat Penggambaran ‘Jinny’s Kitchen’

Apa! V BTS kena suntikan IV sebanyak 3 kali?

Pada 22 Februari hari ini, telah berlangsungnya sidang media bagi program “Jinny’s Kitchen” yang dihadiri ahli Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS.

Semasa sesi temu bual, V akui bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk menjayakan program ini.

Kongsi V,

Selepas selesai sesi penggambaran dan pulang ke rumah, saya mendapat suntikan IV sebanyak tiga kali. 

bts v

Selepas mendedahkannya, peminat rata-rata risau akan kesihatan penyanyi itu. Antara komen yang ditulis adalah,

V kami sudah bekerja keras. Jom sokong dia dalam ‘Jinny’s Kitchen’.

 

Kami akan menyokong kerja keras awak. Kami akan turut mempromosikan rancangan ini di semua media sosial.

 

Awak telah melakukan yang terbaik. Giliran kami pula untuk membantu.

Bagi yang belum tahu, “Jinny’s Kitchen” adalah spin-off dari program “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico. Ianya bakal disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula dari 24 Februari ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...