Ramai yang memuji tindakan pantas Shownu selepas seorang penonton pengsan ketika pentas akhir “SWF 2”.
Siaran langsung bagi pentas akhir rancangan “Street Woman Fighter 2” telah diadakan pada 31 Oktober dan ianya telah dihadiri oleh ramai peminat serta penyokong bagi kumpulan yang bertanding.
Disebabkan ingin melihat dengan lebih jelas, sekumpulan penonton telah berpusu-pusu dan tolak menolak diantara satu sama lain. Perlakuan itu telah membuatkan seorang wanita yang juga penonton disitu jatuh pengsan dan tidak menyedarkan diri.
Pada ketika itu, hampir kesemua mereka sedang leka mendengar komen daripada salah seorang juri iaitu Monika. Namun, kejadian itu telah disedari oleh Shownu yang duduk bersebelahan dengan juri tersebut.
Dengan pantas, ahli MONSTA X itu terus membuat isyarat tangan kepada staf kecemasan dan memaklumkan mereka tentang situasi tersebut.
Wanita tersebut telah dibawa keluar oleh paramedik dan kembali semula menikmati persembahan tersebut selepas sedar daripada pengsan.
Rata-rata peminat memuji tindakan Shownu yang pantas menyedari serta memaklumkan situasi tersebut kepada paramedik. Malah, reaksi pantasnya itu juga telah membuatkan pentas akhir itu berlangsung tanpa sebarang masalah.
Terbaiklah Shownu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.