Ikuti Kami:

Peminat Kesal Akaun Tiktok IZ*ONE Digodam

Peminat Kesal Akaun Tiktok IZ*ONE Digodam

Akaun TikTok rasmi IZ*ONE telah digodam!

Baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila netizen mula meyuarakan serta cuba memberontak mengenai isu akaun TikTok rasmi IZ*ONE yang telah digodam oleh seseorang yang kononnya seorang Youtuber.

Perkara itu disedari oleh peminat yang mengikuti akaun TikTok IZ*ONE dan mendapati segala kandungan video mereka telah hilang. Malah, gambar profil akaun dan pautan URL tersebut turut berubah.

Seorang peminat memuat naik gambar ‘screenshot’ perubahan kandungan akaun TikTok tersebut.izone

Profil tersebut turut diubah malah merujuk kepada saluran YouTube Jerman, JamooTV. Pada asalnya, biodata profil tersebut adalah,

Nama saya Jamo, saya tinggal di Jerman.

Perkara ini mula menarik perhatian netizen di mana mereka mula berteka-teki sama ada mungkinkah akaun ini digodam oleh peminat atau YouTuber itu sendiri yang berpotensi mencipta kandungan untuk menaikkan ‘viewers’ salurannya?

Dalam pada itu, fandom IZ*ONE (WIZ*ONE) mula ‘spam’ di ruangan komen untuk memohon penggodam untuk memulangkan akaun itu kembali. Peminat menjadi sedikit kesal dan marah kerana akaun TikTok berikut merupa satu-satunya kenangan untuk mereka terus mengingati IZ*ONE sejak kumpulan itu dibubarkan.

izone

Terkini, akaun TikTok tersebut masih belum berjaya diambil semula oleh pengendali asalnya. Peminat mesti bersedih kan bila jadi macamni, ibarat kenangan bersama IZ*ONE terus hilang.

Bertabah lah ye, WIZ*ONE…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...