Ikuti Kami:

“Saya Masih Rapat Dengan Ahli IZ*ONE” – Choi Yena

“Saya Masih Rapat Dengan Ahli IZ*ONE” – Choi Yena

Bekas ahli IZ*ONE, Choi Ye-na terus mempamerkan personaliti mengagumkan dalam aktiviti solonya, malah dia kini turut berkerjasama dengan majalah terkenal “COSMOPOLITAN”! Wah, hebatnya!

Choi Ye-na yang baru-baru ini menjadi artis muka hadapan majalah “COSMOPOLITAN”, berjaya mempamerkan skil ‘modelling’ dan karakter uniknya disebalik konsep imej ‘pop’ yang berlatarkan cahaya neon.

Dalam pada itu, Choi Ye-na juga turut tampil dalam satu sesi temu bual belakang tabir dan berkongsi mengenai beberapa perkara mengenai dirinya. Menerusi temu bual itu, Choi Ye-na berkata,

Saya masih berada dalam zaman kanak-kanak. Saya sangat menggemari kartun animasi Disney. Jadi sebagai seorang idola, saya cuba mempamerkan personaliti dan suasana bertemakan ‘fairy tale’ , supaya peminat dapat turut merasakan keterujaan yang sama.

choi yenaMalah, dia turut berkongsi karakter Disney kegemarannya, “Vanello” daripada animasi “Wreck-It Ralph” yang turut melambangkan personaliti yang sama seperti dirinya.

Choi Ye-na turut berkongsi mengenai hubungannya bersama bekas ahli kumpulannya yang lain iaitu IZ*ONE. Dia berkata,

Saya masih mempunyai hubungan rapat dengan ahli IZ*ONE. Setiap daripada mereka bekerja secara solo, tetapi apabila bertemu di mana-mana sebuah rancangan muzik, ia sama seperti bertemu rakan sekelas.

Kenyataan itu sekaligus mempamerkan rasa kasih sayangnya yang sangat hebat kepada ahli IZ*ONE yang lain. Dia turut berkongsi mengenai aspirasinya sebagai seorang penghibur dan idola bahawa,

Matlamat terbesar adalah untuk dikenali sebagai seorang yang benar-benar berkualiti dalam kedua-dua bidang. Banyak perkara yang ingin saya pamerkan dan lakukan. Saya masih lagi dalam proses membuat debut solonya, jadi semangat saya sangat berkobar. 

choi yenaChoi Ye-na mengeluarkan mini albumnya pada bulan Januari dan lagunya yang bertajuk “SMILEY” berjaya mengungguli carta “Bugs Real-Time” dan carta terkini “Melon” sebagai penyanyi solo di samping mengambil langkah pertamanya dengan berjaya.

Semoga aktiviti solo Choi Ye-na akan terus berkembang dengan hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...