Ikuti Kami:

“Peminat Kami Pergi Ke BLACKPINK” – Dara Luah Sebab 2NE1 Sukar Buat Comeback

“Peminat Kami Pergi Ke BLACKPINK” – Dara Luah Sebab 2NE1 Sukar Buat Comeback

Dara berkongsi perasaan dia terhadap peminat.

Baru-baru ini, Sandara Park telah membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan “BamHouse” milik BamBam GOT7.

Di mana dalam masa yang sama, BamBam telah memberi cadangan kepada Dara, menyuruh agar kumpulan 2NE1 yang telah dibubarkan pada tahun 2016 untuk melakukan kemunculan semula.

Kata ahli GOT7 itu,

Awak kan yang paling tua dalam kumpulan tu, cuba awak cadangkan dekat ahli yang lain. Mesti akan dapat sokongan ramai dan saya rasa peminat 2NE1 pun masih ada sehingga sekarang.

bambam

Namun, Dara mengatakan bahawa ianya adalah sukar. Balas penyanyi tu,

Kami pun ada berfikir seperti itu, tapi ianya agak sukar. Tambahan pula ramai peminat kami yang dah berpindah pergi ke kumpulan yang lain. Kebanyakan mereka sekarang jadi peminat BLACKPINK.

Malah, Dara menyatakan bahawa ianya berlaku kerana kumpulan 2NE1 dan BLACKPINK mempunyai konsep yang sama. Malah, gaya yang dibawa oleh BLACKPINK juga seperti gaya 2NE1.

2ne1 blackpink

Tidak behenti di situ, BamBam menambah,

Perasaan saya memberitahu saya bahawa jika 2NE1 kembali, peminat 2NE1 juga akan kembali walaupun mereka telah berpindah dan minat dekat kumpulan lain. Saya juga selalu dengar lagu-lagu 2NE1, jadi saya yakin yang lain pun sama seperti saya.

Apa lagu 2NE1 yang paling korang suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...