Ikuti Kami:

“Kenapa Tak Nangis?” – Sandara Park Dedah 2NE1 Kena Marah Selepas Menang ‘Daesang’

“Kenapa Tak Nangis?” – Sandara Park Dedah 2NE1 Kena Marah Selepas Menang ‘Daesang’

Menang anugerah pun kena marah?

Siapa sahaja yang tidak mengenali Sandara Park ataupun lebih dikenali sebagai Dara yang juga merupakan salah seorang ahli bagi kumpulan wanita lagenda di Korea iaitu 2NE1. Dara baru-baru ini telah muncul dalam rancangan hiburan terbaru Kim Jae-joong iaitu “JaeFriends” dimana mereka telah berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman sepanjang bergelar penyanyi.

Jae-joong telah memulakan kerjayanya dengan kumpulan lagenda K-Pop iaitu TVXQ pada tahun 2003, manakala Sandara pula telah memulakan kerjayanya bersama dengan 2NE1 pada tahun 2009.

Namun, kedua-dua penyanyi itu telah mengenali satu sama lain apabila mereka berdua bersama-sama mengikuti ujibakat serta dilatih untuk menjadi pelakon di dalam filem yang sama.

dara jaejoong

Walaupun saling mengenali, ianya sukar bagi mereka untuk meneruskan persahabatan mereka pada ketika itu akibat dari persaingan sengit antara kedua-dua syarikat mereka iaitu SM Entertainment serta YG Entertainment.

Dalam masa yang sama, Jae-joong mengakui kehebatan 2NE1 apabila kumpulan wanita itu berjaya merebut hampir kesemua anugerah pada rancangan anugerah akhir tahun 2009 walaupun mereka pada ketika itu baru sahaja membuat penampilan sulung mereka.

Malah, kumpulan yang diketuai oleh CL itu juga telah berjaya merangkul anugerah ‘Daesang’ yang diidamkan oleh semua penyanyi bagi lagu “I Don’t Care” di anugerah MAMA (Mnet Asian Music Awards) 2009.

sandara

Sandara Park mendedahkan bahawa kumpulannya tidak menjangkakan apa-apa pada ketika itu kerana mereka baru sahaja debut. Malah dia juga berkata bahawa kumpulan mereka telah dimarahi oleh syarikat walaupun mereka berjaya merangkul anugerah lagu terbaik tahunan.

Adu Dara,

Kami kena marah sebab kami tidak nangis semasa menerima anugerah tersebut.

Tambah penyanyi itu lagi,

YG Entertainment juga cakap dekat kami, kenapa kamu tidak nangis seperti kumpulan dari SM. Padahal masa itu semua terlampau baru buat kami. Walaupun kami tak nangis di atas pentas, tapi kami nangis di belakang pentas lepas dapat anugerah itu.

Jae-joong membalas,

Saya faham kenapa 2NE1 tidak menangis di atas pentas. Ianya sebab minda kita mudah untuk jadi kosong lagi-lagi bila kita dapat anugerah pertama kita.

Pendapat korang semua pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...