Selepas ini, makin sukar la untuk penonton melihat gandingan Song Ji-hyo dan Jeon So-min bersama.
Untuk pengetahuan, Jeon So-min disahkan bakal meninggalkan “Running Man” dan telah pun menjalani penggambaran terakhirnya pada 30 Oktober yang lalu.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi, kesemua ahli menjalankan misi di taman hiburan Seoul Land, Seoul Grand Park.
Apa yang membuatkan peminat lebih terharu, ‘Mongdol’ ataupun Song Ji-hyo dan Jeon So-min dilihat sering ‘melekat’ antara satu sama lain, dengan berjalan bersebelahan sepanjang penggambaran.
mongdol sticking to eo for somin’s last filming i’ll def miss my two girlies #전소민 #JeonSoMin #SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/3e8XQB1Bex
— tiyara// jam republic era (@chupachupsjhyo) October 31, 2023
Dengan ini, ramai yang semakin sedih kerana selepas ini makin sukar buat peminat untuk melihat gabungan dua wanita itu dan Song Ji-hyo juga akan kehilangan lagi seorang adiknya dari rancangan berkenaan.
Hmm mesti sedih episod ni nanti..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.