Ikuti Kami:

Peminat Demand Musim Kedua ‘A Business Proposal’, SBS Beri Respon

Peminat Demand Musim Kedua ‘A Business Proposal’, SBS Beri Respon

Sudah beberapa hari tamat namun “A Business Proposal” terus menjadi sebutan ramai bahkan dinamakan sebagai antara drama terbaik untuk tahun 2022.

Meskipun berakhir bahagia buat kedua-dua pasangan utama, namun ramai yang kesal kerana tiada babak perkahwinan atau pun kehidupan sebagai keluarga yang dikongsikan dalam episod akhir itu.

sbs a business proposal

Jadi tak pelik, ada yang mengharapkan musim kedua bagi menyaksikan sambungan kehidupan Kang Tae-mu (Ahn Hyo-seop) dan Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) serta Cha Sung-hoon (Kim Min-gyu) dan Jin Young-seo (Seol In-ah).

Dek banyak komen mengenai sambungan itu ditinggalkan di saluran drama itu, SBS akhirnya membuka mulut mengenainya,

Tiada rancangan untuk musim kedua.

a business proposal 2

Jawapan ini nyata membuatkan peminat kecewa memandangkan kesudahan “A Business Proposal” yang kelihatan sedikit terburu-buru kerana cuba memuatkan kesemua plot di dalam 12 episod sahaja.

Nampaknya tiada sambungan lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...