Ikuti Kami:

Peluang Tonjol Bakat, SM Entertainment Mula Pencarian Ahli NCT Baru

Peluang Tonjol Bakat, SM Entertainment Mula Pencarian Ahli NCT Baru

Berita baik! SM Entertainment kini membuka uji bakat peringkat global untuk mencari ahli NCT seterusnya!

SM Entertainment baru-baru ini telah memuat naik satu kenyataan yang mengumumkan uji bakat “Welcome To The NeoCiTy” mereka yang akan datang. Dalam pencarian mereka untuk ahli kumpulan NCT seterusnya, SM Entertainment akan menerima permohonan dari 14 bandar di seluruh dunia, termasuk Toronto, Vancouver, New York, Los Angeles, Seoul, Ho Chi Minh, Bangkok, Jakarta, Chongqing, Guangzhou, Beijing, Osaka, Fukuoka , dan Tokyo.

SM Entertainment sedang mencari calon uji bakat lelaki yang lahir antara 2001 dan 2008 dalam pelbagai kategori seperti vokal, rap dan tarian. Selepas setiap tempoh permohonan  tamat untuk setiap bandar, SM Entertainment akan mengadakan satu pusingan uji bakat secara dalam atas talian, diikuti dengan satu lagi pusingan uji bakat di suatu tempat yang akan diadakan di setiap negara. Calon yang berjaya boleh memenangi peluang untuk berlatih dan menandatangani kontrak dengan SM Entertainment, serta debut sebagai ahli NCT yang baru.

Ini lah peluang terbaik untuk para peminat NCT yang mempunyai bakat terpendam. Semoga berjaya semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...