Ikuti Kami:

Kwon Ahreum Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Doyoung NCT

Kwon Ahreum Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Doyoung NCT

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengenai seorang pelakon, Kwon Ah-reum yang dikhabarkan dengan penyanyi kumpulan NCT iaitu Do-young, namun dia menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya.

Terbaru, pihak agensi Kwon Ah-reum, SWMP, berkata,

Pertama sekali, kami ingin menyatakan bahawa maklumat berkaitan Kwon Ah-reum, yang baru-baru ini tersebar melalui netizen dalam talian, jelas sekali adalah palsu.

Sehubungan itu, kami memutuskan bahawa ianya amat sulit bagi pihak kami untuk membenarkan sebarang tindakan yang boleh menghina watak pelakon kami, seperti menyebarkan maklumat palsu, fitnah, khabar angin berniat jahat dan fitnah, dan serangan peribadi. Kami akan mengambil sebarang kemungkinan sekalipun termasuk tindakan undang-undang.

 

Sehubungan dengan itu, pihak agensinya turut menambah bahawa,

Buat masa ini, kami sedang mengumpul data melalui pemantauan secara berterusan, dan tiada kelonggaran untuk mana-mana penulis khabar angin yang berniat jahat, dan mana-mana tindakan pengedaran dan pengeluaran semula maklumat. 

Kwon Ah-reum dikaitkan dengan khabar angin yang dia menjalinkan hubungan dengan Doyoung, ahli kumpulan NCT, apabila mereka bermula berborak di dalam talian Nate, ditambah pula apabila mereka dikaitkan dengan ‘hashtag’ “Love Stargram” di laman sosial rasmi Instagram. Ketika berita palsu dan komen itu mula berleluasa, pihak agensinya dengan cepat menangkis perkara tersebut. Sebaliknya, Kwon Ah-reum dan juga Do-young dipilih sebagai pelakon utama siri asal TVING “To X Who Doesn’t Love Me”.

Tak baik sebenarnya sebarkan berita-berita palsu macam ini. Selidik dulu sebelum sebarkan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...