Ikuti Kami:

Pelbagai Spekulasi Timbul, Ini Kisah Kematian Kim Kwangseok Penyanyi Lagenda Korea

Pelbagai Spekulasi Timbul, Ini Kisah Kematian Kim Kwangseok Penyanyi Lagenda Korea

Kim Kwang-seok merupakan penyanyi lagenda Korea Selatan.

Pada Januari 1996, mayat Kim Kwang-seok ditemui dalam keadaan tergantung di rumahnya.

Kim Kwangseok

Kim Kwang-seok ialah penyanyi rock Korea Selatan yang popular dan sangat berpengaruh. Dia memulakan kerjaya pada tahun 1987 sebagai ahli Noraereul Channeun Saramdeul, sebuah kumpulan aktivis rakyat di Korea. Kim Kwang-seok mencapai populariti meluas sebagai ahli kumpulan rakyat Dongmulwon, yang memulakan kerjaya pada tahun 1988. Pada tahun berikutnya, dia berjaya mengeluarkan album solo pertama.

kematian kim kwang seok

Pada 6 Januari 1996, Kim Kwang-seok ditemui mati di rumah dengan tali di lehernya. Polis menganggap ia sebagai kes bunuh diri. Bagaimanapun, dakwaan oleh ahli keluarganya dibuat bahawa ia adalah satu pembunuhan. Selepas kematiannya, anak perempuan Kim Kwang-seok pula meninggal dunia pada 2007 dan Seo Hae-sun (isteri Kim Kwang-seok) merahsiakan kepada umum tentang berita ini.

Spekulasi tentang kematian bapa & anak

Pada tahun 1996, kematian penyanyi Kim Kwang-seok telah mengejutkan orang ramai. Pada ketika itu, mendiang baru berumur 32 tahun dan sedang berada di kemuncak kerjayanya. Selepas siasatan dilakukan oleh pihak polis, kematiannya diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri. Namun, ada juga beberapa spekulasi menyatakan bahawa isteri mendiang, Seo Hae-soon, membunuh penyanyi itu.

kematian kim kwang seok

Pada 2017, kira-kira 30 tahun selepas kematian Kim Kwang-seok, anaknya perempuannya iaitu Kim Seo-yeon pula meninggal dunia dan hal ini menghidupkan semula spekulasi tentang kes kematian mereka. Punca Kim Seo-yeon meninggal dunia adalah kerana mempunyai penyakit radang paru-paru.

Keluarga Kim Kwang-seok mendakwa Seo Hae-sun merahsiakan hal ini kerana dikaburi dengan wang ringgit. Malah dia juga dituduh membunuh anak perempuannya yang dipercayai mengalami kecacatan perkembangan otak.

Tidak bahagia berkahwin?

Menurut orang terdekat dengan Kim Kwang-seok, perkahwinan dia dan isteri sebenarnya tidak bahagia. Rakan-rakannya berkata Seo Hae-sun kuat cemburu dan banyak mengawal tindakan suaminya malah mahukan penceraian. Selain daripada itu, ada yang berpendapat isterinya sedang menjalin hubungan bersama orang lain dan meminta Kim Kwang-seok menceraikannya sehari sebelum kematian penyanyi itu.

kematian kim kwang seok

Setelah dilaporkan kematian penyanyi itu, polis berkata mereka menemuinya di atas tangga dengan wayar elektrik dililit di lehernya. Abang isteri Kim Kwang-seok yang juga merupakan bekas banduan, turut berada di tempat kejadian ketika polis tiba.

Dokumentari Suicide Made

kematian kim kwang seok

Wartawan Lee Sang-ho memperincikan teori pembunuhan Kim Kwang-seok ini dalam sebuah dokumentari, “Suicide Made” yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Lee Sang-ho malah meminta pihak pendakwaan melarang Seo Hae-sun daripada melancong ke luar negara.

Dokumentari ini meringkaskan apa yang telah dikatakan di kalangan mereka yang rapat dengan Kim Kwang-seok tentang kematiannya. Kalau nak mendekati kes ini dengan lebih lanjut, korang boleh tonton dokumentari khas “Suicide Made”.

Kebenaran sebenar

Sehingga kini, ramai yang tidak percaya Kim Kwang-seok membunuh diri dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Ditambah lagi dengan keraguan kematian anak perempuannya, ramai menyangka ada agenda hitam yang disembunyikan oleh isterinya, Seo Hae-sun.

Kes itu ditutup pada 1996 selepas polis membuat kesimpulan bahawa kemurungan telah menyebabkan penyanyi itu membunuh diri.

Musykil la dengan isteri mendiang ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...