Ikuti Kami:

Dendam Terbalas, Wanita Ini Tikam Bapa Tiri Kerana Selalu Diganggu Secara Seksual

Dendam Terbalas, Wanita Ini Tikam Bapa Tiri Kerana Selalu Diganggu Secara Seksual

Trauma yang tiada penghujung bagi wanita ini kerana hampir setiap hari diganggu secara seksual oleh lelaki yang dikahwini ibu sendiri.

Disebabkan oleh sudah tidak tahan dengan seksaan itu, Kim Bo-eun berkomplot bersama teman lelakinya untuk membunuh bapa tiri sendiri.

Kronologi

Kejadian ini terjadi pada Januari 1992 di bandar Chungju apabila pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita bahawa, rumahnya diceroboh masuk oleh orang yang tidak dikenali. Namun apabila pihak polis sampai, suspek dikatakan telah berjaya melarikan diri. Selain itu, polis juga telah menjumpai mayat seorang lelaki di dalam bilik dengan kesan tikaman di badan.

Wanita yang menghubungi pihak polis itu merupakan anak tiri mangsa iaitu Kim Bo-eun. Namun, menurut polis, Kim Bo-eun pada ketika itu nampak sangat takut dan gementar tetapi tidak nampak sangat terkejut dengan berita kematian bapa tirinya itu.

kes kim boeun

Siasatan menyeluruh dilakukan namun pihak polis berasa sangat keliru dan merasakan ini bukan kes rompak biasa. Hal ini kerana, perompak mengambil semua barang berharga serta wang tunai yang banyak tetapi tidak melakukan apa-apa terhadap Kim Bo-eun. Namun bapa tirinya dicederakan sehingga terkorban di tempat kejadian.

Suspek

Setelah polis dan detektif meneliti, mereka menemui kesan cap jari di sekitar rumah tersebut. Suspek berusia 21 tahun bernama Kim Ji-gwan yang juga merupakan kawan kepada Kim Bo-eun di universiti.

Dua hari selepas insiden itu, Kim Ji-gwan berjaya ditahan oleh pihak polis selain itu, Kim Bo-eun juga ditahan untuk membantu siasatan. Menurut sumber, apabila Kim Bo-eun melihat suspek, dia dikatakan rebah dan mula menangis teresak-esak. Secara tiba-tiba, wanita itu memudahkan lagi kerja pihak polis dengan mengaku bahawa dia telah membunuh bapa tirinya itu.

Motif

Sejak kecil lagi, Kim Bo-eun hanya menghabiskan masanya di rumah dan jarang keluar bermain seperti kanak-kanak lain. Apabila masuk ke universiti dia mula bercinta bersama Kim Ji-gwan serta mula serius bersama dengannya. Namun, pada suatu hari Kim Bo-eun meluahkan kepada Kim Ji-gwan bahawa dia bukan wanita yang suci lagi.

Maka di sini semua rahsia terbongkar. Ketika dia berumur 7 tahun, ibunya berkahwin bersama seorang lelaki bernama Kim Young-oh. Pada mulanya, dia dan ibunya hidup sangat bahagia sehinggalah Kim Bo-eun berumur 9 tahun, Kim Young-oh sedikit demi sedikit menyentuhnya secara seksual.

kes kim boeun

Pada suatu hari, ibu Kim Bo-eun nampak apa yang lelaki itu lakukan kepada anaknya namun tidak dapat berbuat apa-apa. Ibunya sangat takut akan Kim Young-oh kerana dia merupakan lelaki dan suami yang sangat baran.

Semasa Kim Bo-eun mencecah umur 12 tahun, bapa tirinya hampir setiap hari menyentuh badan Kim Bo-eun lebih-lebih lagi ketika dia sedang mandi. Apa yang lagi keji, bapa tirinya selalu menunjukkan Kim Bo-eun video lucah dan menyuruhnya buat seperti apa yang ditunjukkan dalam video terbabit.

Kim Bo-eun pernah mencuba untuk menghubungi pihak polis namun, dia diugut menggunakan pisau dan racun tikus. Tambahan, Kim Young-oh bekerja sebagai pendakwa raya dan dia juga merupakan orang ternama dalam syarikat itu. Bapa tirinya itu tidak bersetuju dengan hubungan Kim Bo-eun dan Kim Ji-gwan dan mengugut akan membunuh mereka berdua jika tidak berpisah.

Kim Ji-gwan ada menasihati wanita itu untuk melaporkan perihal ini kepada pihak polis namun dia berkata, sudah pernah melakukan hal tersebut tetapi pihak polis nampak sangat takut dan patuh akan arahan bapa tirinya itu. Disebabkan mereka rasa tiada siapa yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini, kedua mereka merancang untuk membunuh Kim Young-oh.

Hukuman

kes kim boeun

Selepas mengetahui sebab sebenar kes bunuh ini, seramai 22 pendakwa raya mewakili pasangan itu. Mereka merasakan apa yang dilakukan oleh Kim Young-oh lagi kejam berbanding pembunuhan itu.

Akhirnya, pada 4 April 1992, Kim Ji-gwan dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun dan Kim Bo-eun dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun. Namun pada 1993, hukuman mereka berdua diringankan oleh pentadbiran Kim Young-sam selama 2 tahun setengah.

Harap takde kejadian yang sama terjadi…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...