Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 9 K-Drama Ini Bakal Temui Penonton April Nanti

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 9 K-Drama Ini Bakal Temui Penonton April Nanti

Siap sedia semua untuk K-Drama baru bakal ditayangkan pada bulan April ini!

Dengan pelbagai K-Drama menarik telah ditayangkan pada bulan Mac, penonton akan disajikan dengan lebih banyak lagi naskhah, bakal menemui penonton pada bulan hadapan.

Dari pelakon hebat seperti Jang Hyuk dan Yoo In-na, jom KimchiDaily kongsikan 9 K-Drama yang bakal ditayangkan pada April nanti!

Dr. Romantic 3

https://www.youtube.com/watch?v=GVXNCfh03h8

“Dr. Romantic” ialah sebuah drama yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang.

Pelakon utama:  Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, Kim Ju-hun, Kim Min-jae, So Ju-yeon

Tarikh tayangan: 28 April

Platform: SBS, Disney+

Paper Moon

“Paper Moon” mengikuti Yoo Yi-hwa, yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan mengambil pekerjaan di sebuah bank. Namun, dia mula menggelapkan wang dari bank tersebut dan membawa kepada peristiwa yang boleh menghancurkannya.

Pelakon utama: Kim Seo-hyung, Yoo Sun, Lee Chun-hee, Seo Young-hee, Yoon Bo-ra

Tarikh tayangan: 10 April

Platform: Genie TV, ENA, TVING

Stealer: The Treasure Keeper

“Stealer: The Treasure Keeper” mengisahkan tentang seorang jurugambar yang mengambil gambar orang mati dan mengetahui kepentingan kehidupan ketika dia bertemu dengan seorang wanita yang melindunginya daripada kematian .

Pelakon utama: Joo Won, Lee Joo-woo, Jo Han-chul, Kim Jae-won, Choi Hwa-jung

Tarikh tayangan: 12 April

Platform: tvN, Viu

Family

“Family” ialah drama komedi thriller yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Pelakon utama: Jang Hyuk, Jang Na-ra

Tarikh tayangan: 17 April

Platform: tvN, Disney+

Queen Maker

“Queen Maker” mengisahkan tentang wanita yang bernama Hwang Do-hee, seorang yang genius dalam pembuatan imej dan mendominasi bahagian perancangan strategik di sebuah syarikat yang besar serta dia ingin menjadi seperti Oh Gyeong-sook, merupakan seorang peguam yang menjaga hak asasi manusia.

Pelakon utama: Kim Hee-ae, Moon So-ri

Tarikh tayangan: 14 April

Platform: Netflix

Bora! Deborah

“Bora! Deborah” akan menggambarkan kisah Debora, seorang jurulatih cinta terkenal dan Soo-hyuk, seorang lelaki bergaya yang menghadapi kesukaran dalam cinta.

Pelakon utama: Yoo In-na, Yoon Hyun-min, Joo Sang-wook

Tarikh tayangan: 12 April

Platform: ENA

The Good Bad Mother

“The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

Pelakon utama: Ra Mi-ran, Lee Do-hyun, Ahn Eun-jin

Tarikh tayangan: 26 April

Platform: JTBC, Netflix

Doctor Cha Jung Sook

Drama ini akan mengikuti Cha Jung-sook yang memutuskan untuk kembali kepada kerjayanya selepas 20 tahun menjadi suri rumah. Namun, perjalanannya tidak semudah yang disangka dan banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum memenuhi impiannya.

Pelakon utama: Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin, Min Woo-hyuk

Tarikh tayangan: 15 April

Platform: JTBC, Netflix

Queen Of The Mask

channel A queen of the mask

“Queen of the Mask” akan mengikuti sekumpulan empat rakan apabila mereka terlibat dalam pembunuhan. Tiga daripada mereka menyelamatkan jenayah dan memaksa seorang rakannya untuk melarikan diri dari negara itu. 10 tahun kemudian, dia akan kembali dan memutuskan untuk mendedahkan kebenaran sebenar.

Pelakon utama: Kim Sun-a, Oh Yoon-ah, Shin Eun-jung, Yoo Sun

Tarikh tayangan: 24 April

Platform: Channel A

Jadi, drama mana korang paling teruja nak tonton?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...