Ikuti Kami:

“Pelbagai Faktor Seperti..” – Penghasilan Musim 2 ‘Signal’ Ditangguhkan Atas Sebab Ini

“Pelbagai Faktor Seperti..” – Penghasilan Musim 2 ‘Signal’ Ditangguhkan Atas Sebab Ini

Bagi siapa yang menonton “Signal”, korang pasti tertanya-tanya bilakah drama tersebut akan kembali dengan musim kedua kan?

Sebelum ini, pihak produksi telah mengesahkan bahawa drama “Signal” akan kembali dengan musim kedua namun, penggambaran masih belum dimulakan lagi setakat ini.

Pada tahun 2020, syarikat produksi iaitu AStory telah mengumumkan bahawa kesemua pelakon Kim Hye-soo, Cho Jin-woong dan Lee Je-hoon sudah bersedia untuk mengambil bahagian jika musim 2 dihasilkan. Bagaimanapun ada beberapa faktor yang menjadi penghalang,

Pengeluaran ‘Signal 2’ telah ditangguhkan kerana pelbagai faktor seperti masalah untuk memadankan jadual setiap pelakon.

Meskipun begitu, penulis bagi drama berkenaan iaitu Kim Eun-hee pernah memberitahu  dengan cara apa pun, dia tetap ingin menghasilkan musim 2 “Signal”. Kongsinya di satu sidang akhbar pada 2021,

Ini bukan keputusan yang boleh saya buat sendiri tetapi saya tetap mahu menghasilkan musim 2. Sebelum saya bersara, saya mahu membuat sekuel ‘Signal’ dalam beberapa cara.

tvN signal 2

Untuk pengetahuan, “Signal” berkisarkan tentang misteri jenayah yang diselesaikan dalam masa lampau (2000) dan masa sekarang (2015) dengan penggunaan ‘walkie-talkie’. Pada masa ia disiarkan, drama itu mencatat rating tinggi cecah 15%.

Macam lama lagi je nak tunggu musim kedua keluar..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...