Ikuti Kami:

“Saya Sunyi” – Kim Hyesoo Akui Terfikir Untuk Bersara Lepas Tamat ‘Under The Queen’s Umbrella’

“Saya Sunyi” – Kim Hyesoo Akui Terfikir Untuk Bersara Lepas Tamat ‘Under The Queen’s Umbrella’

Sudah lebih 30 tahun dalam industri, pelakon Kim Hye-soo sudah berfikir untuk bersara?

Terbaru pada 16 Mac, Kim Hye-soo telah tampil dalam saluran YouTube ‘by PDC’, di mana pelakon itu pergi melawat Song Yoon-ah dan berborak mengenai cabaran dalam dunia lakonan. Pada awalnya, Kim Hye-soo mengimbas kembali sewaktu penggambaran drama “Under the Queen’s Umbrella”.

Kongsinya,

Saya bekerja keras untuk drama itu. Selama 9 bulan saya tidak melakukan atau melihat apa-apa. Apa yang saya lakukan hanyalah menumpukan perhatian kepada skrip saya. Sejujurnya, ia adalah satu perjuangan. Bahagian yang terbaik ialah sebaik penggambaran selesai, saya tidak perlu terus menghafal skrip saya.

Sambung pelakon berumur 52 tahun itu lagi,

Saya bukan seseorang yang mahu hidup 100 tahun. Tetapi untuk projek ini, 9 bulan itu terasa seperti 3 tahun bagi saya. Seperti saya sudah tua 3 tahun semasa penggambaran. Saya tidak menyesali apa-apa. Ia adalah yang terbaik saya boleh lakukan masa itu.

Kemudian, Kim Hye-soo juga turut menyebut tentang pemikirannya untuk bersara selepas selesai penggambaran buat drama tersebut,

Ia sebenarnya adalah pejalanan dan pertempuran yang sunyi. Ada masanya saya mahu mengalah. Saya fikir ‘Sudah tiba masanya untuk saya berhenti’, ‘Saya tidak boleh terus seperti ini’ dan lain-lain. Tetapi walaupun begitu, penonton akan berfikir ‘Dia Kim Hye-soo, dia boleh melakukannya’. Saya tidak terlalu keras pada diri saya tapi saya harus mengaku, ia sunyi.

Semoga Kim Hye-soo akan pilih jalan yang terbaik buat dirinya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...