Ikuti Kami:

Pelbagai Eskpresi Wajah, Lakonan Kim Jieun Dalam ‘One Dollar Lawyer’ Raih Perhatian

Pelbagai Eskpresi Wajah, Lakonan Kim Jieun Dalam ‘One Dollar Lawyer’ Raih Perhatian

Siapa yang tengah seronok layan drama “One Dollar Lawyer” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal. Ianya dibintangi pelakon seperti Namgoong Min, Kim Ji-eun, Choi Dae-hoon, Lee Deok-hwa dan ramai lagi.

Khususnya, ini merupakan naskhah ketiga Kim Ji-eun bergandingan bersama Namgoong Min dan keserasian mereka memang tidak dinafikan lagi.

Dalam siri ini, Kim Ji-eun menghidupkan watak Baek Ma-ri, pembentang terakhir Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. Wataknya berasal dari keluarga yang dianggap ‘royalti’ dalam dunia perundangan, dan mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimanapun, dunianya berubah apabila dia memasuki pejabat peguam milik Cheon Ji-hoon (Namgoong Min).

kim jieun one dollar lawyer

Nampaknya, Kim Ji-eun berjaya menarik perhatian penonton dengan pelbagai ekspresi wajahnya yang berwarna-warni dalam drama berkenaan, yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Dari eskpresi yakin, bertenaga hingga kemarahan dan kebimbangan, pelakon itu telah menggambarkan wataknya dengan jayanya, sesuai dengan emosi yang ingin disampaikan kepada penonton.

Dengan ini, jangkaan penonton semakin tinggi kepada lakonan Kim Ji-eun, dan ramai turut berharap agar pelakon itu akan membintangi lebih banyak naskhah lagi selepas ini.

Memang feeling tengok Kim Ji-eun berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...