Ikuti Kami:

Dah 6 Tahun Berlakon, Ini 3 Drama Kim Jieun Bergandingan Dengan Namgoong Min

Dah 6 Tahun Berlakon, Ini 3 Drama Kim Jieun Bergandingan Dengan Namgoong Min

Nampaknya, gandingan Kim Ji-eun bersama Namgoong Min memang disukai ramai.

Kim Ji-eun yang debut pada tahun 2015, merupakan seorang pelakon yang sentiasa menghidupkan wataknya dalam setiap naskhah dengan meyakinkan.

Sudah 6 tahun dalam dunia lakonan, Kim Ji-eun juga sudah bergandingan bersama Namgoong Min dalam 3 drama tau! Cuba lihat senarai di bawah:

Doctor Prisoner (2019)

“Doctor Prisoner” mengisahkan tentang seorang doktor mahir Na Yi-je (Namgoong Min) yang terpaksa berhenti bekerja di hospital selepas dituduh melakukan penyelewengan perubatan. Dia mula bekerja di penjara dengan matlamat untuk mendapatkan hubungan yang cukup untuk membalas dendamnya. Dalam drama ini, Kim Ji-eun tampil membuat kemunculan istimewa sebagai Oh Min-jeong dalam episod 10 dan 12.

The Veil (2021)

“The Veil” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya. Dalam siri ini, Kim Ji-eun membawa watak sebagai Yoo Je-yi, rakan kongsi Ji-hyuk yang lulus awal dari KAIST dan merupakan ejen lapangan yang meyakinkan.

One Dollar Lawyer (2022)

https://www.youtube.com/watch?v=TgJ3krMpfBE

Drama “A Thousand Won Lawyer” yang bakal ditayangkan pada 23 September nanti turut akan memaparkan gandingan Kim Ji-eun bersama Namgoong Min. Ianya membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

Suka kan tengok keserasian mereka dalam setiap projek?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...