Ikuti Kami:

Pelakon ‘Law School’ Sokong Kim Bum Di Set ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’

Pelakon ‘Law School’ Sokong Kim Bum Di Set ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’

Ada tak yang rindu nak tonton drama “Law School”?

Terbaru, Kim Bum telah berkongsi beberapa foto trak kopi yang dihantar oleh rakan pelakon dari “Law School” Ryu Hye-young, Go Yoon-jung, Kim Min-seok dan ramai lagi, ke set drama “Tale Of The Nine Tailed 1938”.

Di sepanduk tersebut ditulis,

Tale of Nine-Tailed 2. Kami sokong semua kakitangan dan pelakon. Dari rakan sekelas Bum #LawSchool.

law school kim bum

Kemudian, Kim Bum memuat naik gambar sepanduk itu dan turut menulis kapsyen secara berseloroh,

Anda semua telah dewasa. Tapi tajuknya ialah ‘Tale Of The Nine Tailed1938’. Patut ke saya betulkan tajuk tu..?

Dalam pada itu, “Tale Of The Nine Tailed 1938” akan diterajui oleh kisah Lee Yeon, seorang rubah berekor sembilan yang mendarat semula di era kekalutan pada tahun 1938. Berdasarkan dunia pelbagai Tuhan dan hantu, ianya dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama.

Nantikan “Tale Of The Nine Tailed 1938” bakal ditayangkan pada 2023 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...