Pelakon ‘Inspector Joy’ & ‘Snowdrop’ Sokong Kim Hyeyoon Di Tayangan Filem ‘The Girl On A Bulldozer’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Korang dah sedia nak lihat transformasi lakonan Kim Hye-yoon dalam filem “The Girl On A Bulldozer”?
“The Girl on a Bulldozer” akan mengikuti kisah amuk gadis berusia 19 tahun Hye-young (Kim Hye-yoon), terhadap dunia yang tidak akan meninggalkan dia dan adiknya bersendirian, selepas kehilangan bapa dan rumahnya sekaligus. Hye-young, seorang pelajar yang telah keluar dari kolej, berhasrat untuk menyiasat kemalangan kereta misteri yang menyebabkan bapanya mati otak.
Semalam, telah berlangsungnya tayangan perdana bagi filem “The Girl On A Bulldozer”. Kim Hye-yoon yang merupakan peneraju utama filem ini dilihat telah menerima banyak sokongan daripada rakan pelakonnya dari drama “Secret Royal Inspector Joy” dan “Snowdrop”.
Pertama sekali Tae-cyeon, bintang bersama dalam “Secret Royal Inspector Joy” telah memuat naik gambarnya bersama Kim Hye-yoon dengan pelakon lain seperti Lee Sang-hee, Min Jin-woong dan Chae Won-bin yang turut datang memberi sokongan buat filem tersebut. Tae-cyeon turut menulis kapsyen,
#TheGirlOnABulldozer tayangan perdana lakonan @hye_yoon1110 🔥 Sudah lama saya tidak bertemu dengan awak sebagai ahli Eosajoidyeon!

Selain itu, rakan pelakon dari drama “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK, Jung Yi-seo, Choi Hee-jin dan Jung Shin-hye turut hadir bagi menyokong Kim Hye-yoon di tayangan perdana filem itu. Sweet betul!
Tambahan info, “The Girl On A Bulldozer” lakonan Kim Hye-yoon, Park Hyuk-kwon dan Ye-sung SUPER JUNIOR akan mula ditayangkan pada 7 April ini.
Nantikan!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




