Ikuti Kami:

Bawa Penampilan Gadis ‘Bertatu’, Ramai Teruja Lihat Kim Hyeyoon Dalam ‘The Girl On A Bulldozer’

Bawa Penampilan Gadis ‘Bertatu’, Ramai Teruja Lihat Kim Hyeyoon Dalam ‘The Girl On A Bulldozer’

Pelakon yang sedang menjadi bualan ramai iaitu Kim Hye-yoon, akan membuat perubahan mengejutkan dalam filemnya akan datang!

Kim Hye-yoon yang mula dikenali dengan bakat lakonannya menerusi drama “Sky Castle”, “Extraordinary You”, “Snowdrop” dan banyak lagi, kini akan mempunyai peranan utama pertamanya dalam filem, iaitu “The Girl on a Bulldozer”. Dalam filem ini, dia akan melahirkan watak Hye-young, seorang gadis dengan tatu naga yang memandu jentolak.

“The Girl on a Bulldozer” akan mengikuti kisah amuk gadis berusia 19 tahun Hye-young (Kim Hye-yoon), terhadap dunia yang tidak akan meninggalkan dia dan adiknya bersendirian, selepas kehilangan bapa dan rumahnya sekaligus. Hye-young, seorang pelajar yang telah keluar dari kolej, berhasrat untuk menyiasat kemalangan kereta misteri yang menyebabkan bapanya mati otak.

kim hyeyoon the girl on a bulldozer

Berbeza dengan watak serta personalitinya yang sering ditunjukkan sebelum ini, ramai penonton tidak sabar untuk melihat penampilan baharu yang akan dibawa Kim Hye-yoon ini.

Selain itu, pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini ialah Park Hyuk-kwon, Oh Man-seok dan Yesung SUPER JUNIOR.

Tonton trailer bagi filem ini di atas, serta nantikan “The Girl on a Bulldozer” telah dijadualkan untuk tayangan pada April tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...