Utama Rancangan Hiburan Pelakon ‘Hospital Playlist’ & Na Youngseok Bakal Bergabung Tenaga Untuk Program Baru...

Pelakon ‘Hospital Playlist’ & Na Youngseok Bakal Bergabung Tenaga Untuk Program Baru tvN

na youngseok hospital playlist

Wow! Baru sahaja dilaporkan mengenai kehebatan Na Young-seok, lelaki itu dikhabarkan bakal membuat kejutan dengan sebuah rancangan baru tak lama lagi.

Menurut laporan industri, pelakon “Hospital Playlist” iaitu Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Jeon Mi-do, Yoo Yeon-seok dan Kim Dae-myung akan memulakan penggambaran sebuah program tvN baru bersama Na Young-seok pada 6 September nanti. Katanya, pelakon lain di dalam drama itu akan membintangi sebagai tetamu dan penggambaran akan berlangsung selama dua minggu.tvn hospital playlistJawab tvN,

Program hiburan yang dibintangi oleh lima pelakon ‘Hospital Playlist’ ini masih lagi di peringkat perbincangan, jadi informasi seperti tajuk, jadual spesifik dan lokasi masih belum ditetapkan lagi. Ia dirancang dengan harapan para pelakon akan menamatkan drama itu sambil mencipta memori bersama penonton.

Kalau anda nak tahu betapa lawaknya kombinasi ini, anda boleh tonton episod istimewa pelakon “Hospital Playlist” dan Na Young-seok dalam “The Game Caterers”.

Program ini dikatakan akan ditayangkan selepas “Hospital Playlist 2” melabuhkan tirainya pada 16 September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...