Ikuti Kami:

Gaji Tertinggi Di CJ ENM Separuh Pertama 2021, PD Na Youngseok Dibayar RM3.9 Juta

Gaji Tertinggi Di CJ ENM Separuh Pertama 2021, PD Na Youngseok Dibayar RM3.9 Juta

Siapa tak tahu rancangan popular seperti “2 Days 1 Night”, “New Journey To The West”, “Youn’s Kitchen”, dan “Three Meals A Day”? Semuanya dipelopori oleh PD terhebat Korea iaitu Na Young-seok!

Memang hebat dan merupakan ‘bank idea’ bagi dunia program hiburan, lelaki itu dikhabarkan telah menerima bayaran sebanyak 1.08 bilion won (RM3.9 juta) pada separuh pertama tahun ini, di mana gajinya ialah 150 milion won (RM542.3k) dan bonus sebanyak 931 milion won (RM3.3 juta). Wow!

Bahkan ia dikatakan gaji tertinggi di syarikat CJ ENM, melebihi ketua kumpulan tersebut iaitu Pengerusi Lee Jae-hyun iaitu 900 milion won (RM3.2 juta) dan Timbalan Pengerusi Lee Mi-kyung sebanyak 1 bilion won (RM3.6 juta).na youngseokBukan itu sahaja, PD Shin Won-ho yang popular dengan drama seperti “Prison Playbook”, siri “Reply” dan “Hospital Playlist” dikhabarkan menerima 777 milion won (RM2.8 juta) sebagai bayaran kepada usahanya pada awal tahun ini.

Buat tahun ini, Na Young-seok telah mengarahkan pelbagai program seperti “Youn’s Stay”, “The Devil Wears Jungnam”, “Spring Camp”, “The Game Caterers” dan banyak lagi.

Memang dahsyat betul Na Young-seok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...