Ikuti Kami:

“Pelakon Genius” – Hijabi Dibuli, Peminat Teruja Lihat Influencer Malaysia Muncul Dalam K-Drama

“Pelakon Genius” – Hijabi Dibuli, Peminat Teruja Lihat Influencer Malaysia Muncul Dalam K-Drama

Siapa yang tak gembira apabila ada bakat tempatan yang cuba menceburi dunia hiburan Korea kan?

Baru-baru ini, pempengaruh Malaysia yang menetap di Korea kini iaitu Sabrina telah mendedahkan bahawa dia bakal menyertai satu K-Drama buat pertama kali dalam hidupnya.

Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci namun peminatnya meluahkan rasa teruja apabila teaser drama web itu telah disiarkan di saluran YouTube ‘Casually’. Rupanya Sabrina akan membawa watak seorang pelajar teraniaya kerana cara pemakaiannya di dalam siri bertajuk “Girls In The Mirror” itu.

Bakal ditayangkan pada 27 Ogos ini, komen peminat yang tak sabar mahu menonton lakonan Sabrina,

Tak sabar nak tengok Sabrina dan yang lain.

 

Saya tak suka drama buli tapi nak tengok sebab Sabrina.

 

Macam mana dia hebat berlakon, dia memang pelakon genius. Tak sabar nak tengok dia berlakon dalam drama lain nanti.

 

Sabrina melakar sejarah.

 

Saya dah tahu drama ini akan menyeronokkan.

Dalam pada itu, Sabrina popular dalam kalangan peminat K-Pop di Malaysia kerana wanita itu aktif dengan kandungan Korea selain turut baik dengan beberapa artis K-Pop seperti Sorn dan lain-lain.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...